Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa mulai 13 Januari 2021 hingga 4 Februari yang melibatkan semua negeri kecuali Negeri Sarawak.
Di bawah pelaksanaan PKP ini, terdapat senarai aktiviti di bawah sektor sosial seperti mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel/ kursus/ ceramah/ pameran yang tidak dibenarkan untuk dilaksanakan. Selaras dengan arahan kerajaan tersebut maka JPPM sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mengawal selia pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Malaysia dengan ini memaklumkan bahawa sebarang bentuk penganjuran program / aktiviti / persidangan / perhimpunan / mesyuarat agung tahunan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa ADALAH DITANGGUHKAN. Arahan ini adalah terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan.
Di samping itu, dalam memastikan kelancaran urusan pengurusan pertubuhan berdaftar maka penganjuran program / aktiviti / persidangan / perhimpunan / mesyuarat agung tahunan boleh dilaksanakan kelak setelah tamat tempoh pelaksanaan PKP tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, penganjuran tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan ketat SOP yang berkuatkuasa di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKP-B) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP-P). Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
Arahan ini adalah selaras dengan tanggungjawab dan peranan JPPM dalam memastikan pertubuhan berdaftar mematuhi arahan yang berkuatkuasa demi keselamatan masyarakat setempat.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Putrajaya

 

Download : Notis_Pemakluman_JPPM