“HOMEOPATHIC VACCINE”
Adalah dengan ini di maklumkan bahawa Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia(MPHM) dengan ini membuat penjelasan mengenai kedudukan sebenar produk diatas.
- Tiada ada produk homeopathy yang diklasifikasikan atau dinamakan sebagai homeopathic vaccine.
- Tiada ada kilang ubat homeopathy didalam atau diluar negara yang diiktiraf oleh pihak berkuasa negara mereka yang ada mengeluarkan produk bernama atau berlabel homeopathic vaccine.
- Tiada ada produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia diatas nama homeopathic vaccine.
- Tiada ada terdapat di dalam farmakopia homeopathy standard mengenai produk yang bernama homeopathic vaccine.
- Tiada ada subjek cara pemberian homeopathic vaccine didalam silibus pembelajaran pengamal homeopathy di mana – mana pusat pengajian homeopathy yang di iktiraf di dalam atau luar Negara.
- Tiada ada Negara di dunia yang menerima perubatan homeopathy didalam sistem kesihatan primer mereka yang ada satu jadual pemberian homeopathic vaccine.
Konsensus pertubuhan homeopathy antarabangsa yang mewakili pengamal homeopathy yang diiktiraf dan pihak berkuasa negara yang mengiktiraf perubatan homeopathy didalam sistem kesihatan primer mereka termasuk MPHM menerima dan mengalakkan pemberian vaksin konvensional sebagai perlindungan untuk penyakit pencegahan vaksin.
Adalah tidak beretika kalau terdapat pengamal homeopathy yang menganjurkan kononnya pemberian homeopathic vaccine ini secara berjadual. Mereka sebenarnya telah mendedahkan pesakit kepada suatu keadaan bahaya yang boleh mengakibatkan nyawa pesakit mungkin melayang atau mungkin boleh mengalami keadaan cacat sepanjang hayat.
Hanya untuk mendapat pulangan keuntungan kewangan dengan membahayakan kesihatan dan nyawa pesakit adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggung jawab.
Kami menasihati orang awam agar menjauhi pengamal homeopathy yang tidak beretika ini. Laporlah kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pengamal homeopathy seperti ini.
Sekian terima kasih.
