Dengan rasa rendah hati, saya mengucapkan setinggi  kesyukuran  kehadrat Allah SWT diatas keizinannya, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dapat sekali lagi mengadakan Anugerah Pingat Emas Homeopathy ke 2 serta Mesyuarat Agung Tahunan MPHM ke 15 pada tahun ini. Lebih-lebih lagi majlis pada hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berusaha Dr Hj Rohaizat B Hj Yon, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesion Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM mewakili Dato Seri Dr Helmi B Hj Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Anugerah Pingat Emas Homeopathy adalah suatu anugerah tahunan dimana warga homeopathy tanah air memberi satu pengiktirafan kepada graduan terbaik program Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy/Bachelor in Homeopathy Medical Science (BHMS) daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Pengiktirafan ini adalah selain daripada merayakan suatu pencapaian akademik terbaik tetapi juga sebagai pendorong kepada semua graduan agar mereka dapat memberikan satu perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat di dalam  kerjaya mereka yg baru. Anugerah ini juga membuktikan kerjasama yang baik sebuah badan pengamal yang dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sebuah institut  pengajian tinggi swasta mampu  menjana satu program kerjaya baru untuk mengisi dan menjayakan rancangan besar  kesihatan KKM.

Kita berdoa, berharap dan berusaha agar pada tahun mendatang akan adanya pengajian homeopathy khusus untuk golongan healthcare professional seperti pengajian post graduate diploma in homeopathy. Pengajian Eksekutif Diploma in homeopathy untuk pengamal sedia ada. Agar kelulusan mereka seragam.

Homeopathy di Malaysia sudah berusia 91 tahun. MPHM pula sudah wujud selama 16 tahun. MPHM juga telah berkerjasama dengan KKM sejak daripada tahun 2001 lagi. Daripada tiada AKTA PTK kepada adanya Akta PTK dan hanya tunggu untuk dilaksanakan. Daripada pengamal tradisional kepada pengamal professional.

Kita menjangkakan dalam masa 9 tahun daripada sekarang sewaktu merayakan 100 tahun homeopathy di Malaysia iaitu tahun 2025, Malaysia sudah menjadi Hab homeopathy dirantau ASEAN. Dengan CUCMS menjadi pusat pengajian homeopathy yang terulung.

Setiap tahun yang berlalu telah melihatkan kemajuan yang baik lagi konsisten. Ini semua adalah hasil daripada muafakat, setiakawan dan perpaduan dikalangan ahli MPHM yg terdiri daripada pelbagai kaum. Tidak dinafikan juga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dilakukan. Dengan mengambil kira, kita yang berkhidmat dalam MPHM sebagai Ahli Lembaga Eksekutif dan Bukan Ahli Lembaga Eksekutif adalah hanya sukarelawan sahaja.  Tanpa semua ini tiada apa yang boleh kita capai.

Tidak juga saya lupa jasa rakan-rakan seperjuangan kita yang telah meninggal dunia sebelum dapat melihat impian kita bersama tercapai. Kita akan menyambung usaha ini setakat termampu dan terdaya. Mungkin ia akan tercapai pada generasi pengamal homeopathy akan datang.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak CUCMS terutama sekali kepada YBhg Prof Dato’ Dr Muhammad B Abdul Razak yang telah sudi mengizinkan kami menggunakan auditorium dan kemudahan disini untuk tujuan majlis ini. Begitu juga kepada Dr Dayanan yg sudi hadir. Para jemputan, petugas dan Tuan/puan sekelian.

Saya senantiasa memanjatkan doa agar Allah SWT memelihara dan meningkatkan perpaduan dan setiakawan yang ada dikalangan warga MPHM dan Homeopathy. Saya juga memohon kehadrat Allah SWT agar mengerat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dan kesefahaman diantara MPHM, CUCMS dan KKM demi untuk memberi perkhidmatan dan menjagaan kesihatan dan kesejahteraan kepada rakyat sekalian.

Sekian Terima Kasih.

En. Zainul Azmi B Ahmad
Presiden
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan MPHM ke 15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *