Deprecated: Function WP_Dependencies->add_data() was called with an argument that is deprecated since version 6.9.0! IE conditional comments are ignored by all supported browsers. in /home1/mphmcomm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6131

Salam sejahtera YBhg Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri bertarikh 16 Mac 2020 mengenai COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara, dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) adalah termasuk di bawah perkhidmatan kesihatan yang merupakan perkhidmatan penting negara (essential services).

Keputusan untuk meneruskan atau menangguhkan perkhidmatan di premis PT&K adalah tertakluk kepada pengurusan premis masing-masing.

Namun jika perkhidmatan diteruskan, langkah pencegahan mesti dilaksanakan. Utamakan pesakit/pelanggan dengan keperluan mendesak. Saringan hendaklah dilakukan bagi memastikan pesakit yang ada sejarah perjalanan ke negara berisiko atau ada kontak dengan pesakit Covid-19 dlm masa 14 hari tidak diterima. Pakai mask dan sediakan sanitizer untuk kegunaan kakitangan dan pesakit/pelanggan.


Sekian.

Disediakan oleh:

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari,
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh:17 Mac 2020

Hebahan Berkenaan Perubatan Tradisional dan Komplementari Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated since 8.1, use htmlspecialchars() instead in /home1/mphmcomm/public_html/wp-content/plugins/icegram/lite/class-icegram.php on line 1286

Deprecated: Creation of dynamic property ThPopupFront::$tbl_popup is deprecated in /home1/mphmcomm/public_html/wp-content/plugins/lead-form-builder/popup/inc/db.php on line 10