“MPHM sudah berusia 17 tahun pada tahun ini. Ia ditubuhkan atas inisiatif Jawatan kuasa Tetap PTK,K KM pada hujung tahun 1990-an. Ini pula setelah kita menamatkan pendaftaran Majlis Kebangsaan Homeopathy Malaysia(MHKM) untuk membolehkan diwujudkan MPHM.
MPHM adalah lambang penyatuan persatuan homeopathy serta pengamalnya. Ia juga adalah platform untuk kita memajukan dan mengembangkan homeopathy di peringkat kebangsaan. Di samping ia juga menjaga kepentingan homeopathy dan pengamalnya dgn pihak berkuasa.
Bermula dengan 5 persatuan dan kini sudah ada 6 persatuan homeopathy. Ahli individu pengamal sebanyak 635 orang setakat 1 Mei 2017 dan 363 buah premis rawatan. Daripada menumpang pejabat kepada ada pejabat sendiri. Daripada tiada program pengajian Homeopathy yg diiktiraf kepada adanya program BHMS yg diiktiraf oleh MQA. Tahun sudah pula ada program MSc (Homeopathy) dan PhD. Semuanya di Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences. Sudah ada 3 kumpulan lulusan BHMS dan mungkin 2 tahun lagi kumpulan pertama MSc (Homeopathy) dan PhD akan menamatkan pengajian mereka.
Mereka yg lulus dgn MSc (Homeopathy) dan PhD ini akan menjadi asas pada pembentukan sebuah Malaysian Homeopathy Centre of Excellence (MHCE). Pusat ini akan menjadi pusat utama rujukan segala hal ehwal mengenai Homeopathy daripada sebuah pusat research, pembuat dasar dsbnya”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Pencapaian dan kejayaan Homeopathy tanah air daripada tahun 2000 hingga kini adalah hasil daripada setiakawan dan kerjasama daripada anggota dan ahli MPHM. Pencapain dan kejayaan ini adalah pencapaian dan kejayaan bersama.

Oleh kerana itu bahtera/kapal MPHM ini perlu kita semua kukuhkan, jaga dan pertahankan.

Perlu juga kita sama – sama mengerakkanya. Yang ringan sama di jinjing Yg berat sama di pikul.
Bagaimana ribut taufan yang membadai bahtera/kapal MPHM ia akan tetap belayar menuju destinasi pelabuhan akhirnya. Hanya dengan kerjasama dan setiakawan yang kukuh matlamat ini akan tercapai.”

Sekian, Terima kasih

En. Zainul Azmi B Ahmad
Presiden
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Merangkap Anggota Majlis Perubatan Tradisional
dan Komplimentari (MPTK) Malaysia