KATA – KATA ALUAN

YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Perubatan merupakan satu usaha umay manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa , keturunan atau agama untuk mengubati penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukkan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini akan berterusan . Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi, dengan perubahan cara hidup manusia serta alam sekitar .Rasullullah s.a.w. pernah bersbda yang bermaksud “ Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati “ . Walaupun berbagai jenis ubat telah diusahakan oleh manusia , namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca atau penawarnya .Rasullullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapatkan ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah , Baginda juga telah menekankan kepentigan pencegahan penyakit melalui langkah –langkah tertentu.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya diatas jemputan untuk menukilkan septah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MPHM yang ke 15 ini . Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) diatas uasah gigih anda untuk memastikan kejayaan pengajuran mesyuarat ini .

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM ) telah melantik (8) Badan Pengamal untuk mewaikil amalan –amalan  Perubatan Tradisional Melayu , Cina , India , Homeopati, Perubatan Komlementari dan Pengubatan Islam .Badan Pengamal ini dilantik untuk membantu KKM menyelia dan melaksanakan pelbagai aktiviti swa-kawal PErubatan Tradisional dan Komlementari (PT&K) sementara menunggu Akta PT&K 2016 [Akta 775] dikuatkuasakan kelak .

Sebagai salah satu badan pengamal tersebut ,MPHM telah banyak membantu pihak kementerian dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang Homeopati.Kementerian Kesihatan amat menghargai segala usaha yang dilakukan oleh pihak MPHM selama ini dan berharap kerjasama yang erat di antara KKM dan MPHM akan dapat diteruskan dalam usaha mempertingkatkan bidang PT&K di  Malaysia .

Marilah kita bersama-sama bergading bahu dalam menjayakan matlamat untuk menyediakan perkhidmantan PT&K yang selamat dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.Akhir kata tahniah kepada pihak MPHM diatas penganjuran Mesyuarat Agung  Tahunan yang ke-15 ini .

Selamat Maju Jaya !