Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MPHM yang ke 15.Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kerjasama yang erat dengan MPHM semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2001. Sementara menunggu Akta Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] dikuatkuasakan, MPHM adalah badan pengamal yang dilantik oleh KKM bagi menjalankan aktiviti swa-kawal (self-regulation) untuk bidang amalan Homeopati.KKM dengan kerjasama MPHM dan badan pengamal yang lain telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah meningkatkan tahap profesionalisma pengamal PT&K tempatan. BPTK menghargai usaha pihak MPHM dalam membantu pihak Kementerian mengendalikan perkara berkaitan dengan bidang amalan Homeopati selama ini.Pihak Kementerian akan terus berkerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk MPHM ke arah penguatkuasaan Akta PT&K 2016 pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.Akhir kata, saya berharap agar semua ahli mendapat manfaat atas daya usaha murni organisasi ini. Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak MPHM atas sokongan padu yang diberikan kepada BPTK selama ini.Sekian, Selamat Maju Jaya.Dr. Goh Cheng SoonPengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia.25 Mac 2016