YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato / Datin Sri / Dr. / Tuan / Puan

PERUNDINGAN AWAM SECARA ATAS TALIAN : KOD TINGKAH LAKU PROFESIONAL UNTUK PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K)

BERKENAAN PERUNDINGAN INI
Tempoh Perundingan : 15 Ogos 2018 – 28 September 2018

Dasar Berkenaan       : Pengawalseliaan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Jabatan                      : Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KUMPULAN SASARAN
Mana-mana pihak yang berminat, termasuk organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta yang berkaitan dengan perubatan tradisional dan komplementari, pengamal perubatan tradisional dan komplementari, pihak berkepentingan dan orang awam.

OBJEKTIF PERUNDINGAN
Merujuk kepada subseksyen 35 (5) Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775], perundingan awam itu hendaklah menyatakan pandangan Majlis berkenaan dengan piawai amalan mandatori dan memperuntukkan masa tidak kurang daripada empat puluh lima hari untuk pihak yang berminat mengemukakan maklum balas bertulis kepada Majlis.

Tujuan Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPC) adalah sebagai garis panduan kepada pengamal berdaftar, agar mereka sentiasa mematuhi piawaian profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Perundingan awam secara atas talian ini akan membantu menilai sama ada dan bagaimana objektif CPC ini dapat dicapai. Dengan itu, ia dapat memberikan peluang kepada mana-mana pihak berkepentingan untuk memberikan pandangan dan maklumat yang bernas.

CARA MENGEMUKAKAN MAKLUM BALAS
Pandangan boleh dikemukakan melalui borang maklum balas atas talian, emel atau secara bertulis (Borang Maklum Balas), dengan tajuk “Perundingan Awam Secara Atas Talian bagi Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari”, kepada:

Sekretariat Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari,
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
Malaysia

Email: smptk@moh.gov.my

Pautan kepada Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal PT&K (DWIBAHASA), Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta775] serta Maklum Balas Secara Atas Talian boleh dicapai di:  
http://tcm.moh.gov.my/ms/index.php/perundinganawam

Diphon kerjasama YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato / Datin Sri / Dr. / Tuan / Puan untuk berkongsi maklumat ini dengan pihak betkepentingan serta orang awam.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

Dr Dyanan
Setiausaha Majlis PT&K

 

 

English Version

YBhg Dato’ Sri / Dr. / Sir / Madam

ONLINE PUBLIC CONSULTATION: CODE OF PROFESSIONAL CONDUCT FOR TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (T&CM) PRACTITIONERS

ABOUT THIS CONSULTATION
Consultation Period  : 15 August 2018 – 28 September 2018
Policy Areas             : Regulation of T&CM practitioners
Department              : Traditional and Complementary Medicine Division (TCMD), Ministry of Health (MOH), Malaysia

TARGET GROUP
Any interested party, including government and non-governmental organizations, private companies related to traditional and complementary medicine, traditional and complementary medicine practitioners, interested stakeholdres and members of the public.

 
OBJECTIVE OF THE CONSULTATION
Pursuant to subsection 35 (5) of Traditional and Complementary Medicine Act 2016 [Act 775], the public engagement shall set out the views of the Council in respect of the mandatory practice standards and provide interested parties not less than forty-five days to submit written responses to the Council.

The purpose of Code of Professional Conduct for Traditional and Complementary Medicine Practitioners (CPC) is to provide guidelines to registered practitioners, so that they are always in compliance with professional standards in carrying out their responsibilities.

This online public consultation will assist in assessing whether and how the objective of this CPC may have been achieved. As such, it offers an opportunity for any interested party to contribute by expressing an opinion and supplying useful information.

SUBMISSION OF RESPONSE
Comments may be submitted via online response form, email or in writing (Feedback Form); with the heading “Online Public Consultation on Code of Professional Conduct for Traditional and Complementary Medicine Practitioners”, to:

Secretariat of Traditional and Complementary Medicine Council,
Traditional and Complementary Medicine Division
Ministry of Health Malaysia
Block E, Jalan Cenderasari 
50590 Kuala Lumpur
Malaysia
Email: smptk@moh.gov.my

Links to the Code of Professional Conduct (CPC) for T&CM Practitioners (BILINGUAL), Traditional and Complementary Medicine Act 2016 [Act 775], as well as the Online Response Form can be accessed at:  
_*http://tcm.moh.gov.my/en/index.php/publicconsultation*_

Your kind assistance is requested to share this information with interested parties. Thank you.

Regards,
Dr Dyanan Puvanandran
Secretary
Traditional & Complementary Medicine Council

PERUNDINGAN AWAM SECARA ATAS TALIAN : KOD TINGKAH LAKU PROFESIONAL UNTUK PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *